Tak Perlu Terburu-Buru Tukar Pasport: KP Imigresen

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Orang ramai dinasihat agar tidak terburu-buru untuk menukar pasport lama mereka kepada e-pasport Malaysia versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang mula dikeluarkan bulan lepas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, jabatan itu mengesan kesesakan di beberapa pejabat imigresen untuk mendapat e-pasport yang berharga RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun dipercayai disebabkan oleh khabar angin bahawa ia hanya akan dikeluarkan untuk tempoh masa yang terhad.

"Pasport ini kerajaan dah putuskan tak akan dihentikan pengeluarannya, jadi tak payah semua berebut nak datang membanjiri pejabat-pejabat imigresen," katanya kepada pemberita di Depot Imigresen KLIA di sini hari ini bagi menyaksikan penghantaran pulang 144 pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Abdul Rahman berkata, pasport Malaysia versi lama masih boleh digunakan selagi tidak melepasi tarikh tamat tempoh.

E-pasport ICAO, yang dilancarkan 2 Februari lalu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menjadi pilihan orang ramai kerana turut menawarkan pasport berharga RM100 untuk tempoh sah laku selama dua tahun.

Jabatan Imigresen juga mengeluarkan pasport berharga RM300 untuk tempoh sah laku selama lima tahun.

Abdul Rahman berkata, sehingga 28 Februari lalu sebanyak 36,926 e-pasport ICAO dikeluarkan, iaitu 3,324 di Putrajaya, 13,608 di Kuala Lumpur dan 19,994 di Selangor.

Beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan pengeluaran pasport itu di seluruh negara secara berperingkat, bermula di Pahang pada 20 Februari lalu, diikuti dengan Kelantan dan Terengganu 27 Mac ini.

Abdul Rahman berkata, semua operasi bagi permohonan pasport di Putrajaya telah dipindahkan dari Ibu Pejabat Imigresen di Presint 2 ke cawangan Presint 14 sejak 22 Februari lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan