Satu Lagi Boya Tsunami Dipasang Di Laut Sulawesi

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan telah memutuskan untuk memasang satu lagi boya atau pelampung tsunami di perairan Laut Sulawesi bagi menerima isyarat amaran tsunami dari Lautan Pasifik.

Menteri Sains, teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata boya berharga RM1 juta itu akan dipasang di perairan Semporna dan Sipadan di Sabah.

"Kerja-kerja pemasangan pelampung baru itu dijangka siap dalam temph tiga bulan lagi dan ia membolehkan kita menerima isyarat amaran tsunami dari Lautan Pasifik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Jabatan Kimia Pulau Pinang, di sini semalam. Pada masa ini rangkaian pelampung tsunami negara dipasang di Laut Andaman berdekatan Pulau Rondo, Indonesia, di kawasan Terumbu Layang-Layang di Laut China Selatan dan di perairan Laut Sulu.

Pelampung-pelampung itu dilengkapi dengan alat tsunameter untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan juga maklumat ketinggian ombak tsunami.

Mengulas mengenai amaran tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berikutan gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile, Dr Maximus berkata amaran itu telah ditarik balik petang semalam selepas dikeluarkan pada hari yang sama.

Setelah membuat pemantauan pada setiap minit dan setiap jam di pantai timur Sabah, Semporna dan di Lahad Datu, ketinggian ombak yang dikesan adalah tidak membimbangkan dan amaran tsunami telah ditarik balik, katanya.

Beliau turut menegaskan teknologi pemantauan tsunami di negara ini adalah bertaraf dunia dan mampu mengesan serta memberi amaran awal jika berlakunya kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan