Pemuda MIC Hantar Memorandum Pada Universiti

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Profesor Dr Hamzah Abdul Rahman menerima memorandum daripada Sivarraajh (tengah). - Foto THE STAR oleh ART CHEN
Profesor Dr Hamzah Abdul Rahman menerima memorandum daripada Sivarraajh (tengah). - Foto THE STAR oleh ART CHEN

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan hari ini menyampaikan memorandum berhubung isu pelantikan Ketua Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya kepada pihak pengurusan universiti berkenaan.

Jawatan tersebut terpaksa dipangku buat sementara waktu oleh seorang profesor bukan keturunan India yang selama ini menjadi tradisi jabatan berkenaan untuk melantik ahli akademik berbangsa India untuk menerajui jabatan berkenaan.

Setiausaha pergerakan itu, Sivarraajh berkata, memorandum kedua itu dikeluarkan ekoran desakan-desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua masyarakat dan bekas pelajar supaya pihak universiti mempercepatkan proses pelantikan ketua jabatan pengajian yang berbangsa India.

Katanya, memorandum itu merupakan yang kedua dikeluarkan oleh pergerakan itu.

"Isu pelantikan itu telah berlarutan hampir setahun tetapi masih tidak menampakkan apa-apa perubahan. Malah, ia telah dijadikan bahan politik oleh pihak berkepentingan.

"Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan terpanggil untuk mengemukakan memorandum kedua ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan memorandum itu kepada Pemangku Naib Canselor universiti berkenaan, Profesor Dr Hamzah Abdul Rahman yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon sedang dalam rangka lawatan ke India selama dua minggu bagi melawat universiti-universiti di situ atas urusan rasmi.

Sumber dalaman universiti turut memberitahu antara objektif utama lawatan itu adalah mencari calon yang berkelayakan untuk memegang jawatan Jabatan Pengajian India tersebut.

Mengulas lanjut mengenai memorandum itu, Sivarraajh berkata, memorandum itu mencadangkan bekas ketua jabatan tersebut, Profesor Dr Thilagavathy memegang jawatan Ketua Jabatan Pengajian India tersebut secara kontrak sehingga isu diselesaikan.

Bagaimanapun katanya, ini terpulang kepada pihak pengurusan universiti untuk menerima cadangan tersebut.

"Kriteria utama yang perlu dimiliki oleh Ketua Jabatan Pengajian India ialah beliau harus memahami serta menghayati budaya dan bahasa India. Selain itu, beliau harus berminat dan berpengetahuan tinggi dalam subjek dan kebudayaan Pengajian India," jelas beliau.

Beliau menegaskan, permintaan dalam memorandum itu langsung tidak bersifat perkauman tetapi lebih kepada memenuhi keperluan jabatan itu.

Sementara itu, Profesor Hamzah ketika diminta mengulas tentang memorandum itu berkata, pihak universiti telah menerima beberapa permohonan untuk jawatan tersebut.

Katanya, bagaimanapun pihak universiti masih menimbangkan permohonan-permohonan baru kerana kriteria tinggi yang ditetapkan untuk jawatan itu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan