Kerajaan Tidak Akan Sekat Maklumat Di Internet - Rais

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan tidak akan menyekat pengaliran maklumat di internet tetapi berharap agama dan budaya akan dijadikan panduan dalam memanfaatkan kebaikan penggunaannya.

Beliau berkata kerajaan juga boleh menguatkuasakan undang-undang di tahap maksimum sebagai usaha menyekat unsur-unsur negatif yang disebarkan menerusi media baru terutama internet.

Katanya kerajaan tidak akan mengambil tindakan seperti China yang bercadang mewujudkan "Green Dam" sebagai langkah menyekat kemasukan unsur-unsur negatif dalam internet.

"Kita tidak ada buat sedemikian. Tinggal lagi kita pohon supaya agama kita, budaya kita digunakan sepenuhnya untuk menentukan kebaikan kita. Di samping itu, saya akui bahawa penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 digerakkan ke paras maksimum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima Datuk Manja Ismail dalam rancangan bual bicara "Soal Jawab" terbitan TV3 yang disiarkan secara langsung dari Seri Pentas malam tadi.

Beliau berkata kementeriannya serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menjalankan latihan-latihan tertentu untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan.

Rais berkata masyarakat negara ini tidak boleh menerima sesuatu yang disiarkan oleh media baru bulat-bulat.

"Seperti yang saya katakan tadi kita sedang membina satu tamadun, budaya kita. Kita sini di tanah air kita, Singapura dengan cara mereka, Thailand dengan cara mereka.

"Jadi kita sekarang sedang didatangi dengan Facebook, Twitter, kita tidak marah, tapi di mana sifat-sifat tempatan kita untuk kita masukkan dalam Facebook... bagaimana pula pihak-pihak di Eropah dan Amerika Syarikat menyerang kita dengan cara halus mereka, apakah kita tidak terfikir soal itu.

"Bagaimana kita nak kawal anak-anak kita yang menghadap Facebook lebih lama daripada mengulangkaji pelajaran, mengaji Al-Quran.

Jadi saya hanya menyatakan, oleh kerana dunia siber internet ini bukan kita yang cipta, kita perlu berhati-hati, ambil yang baik dan buang yang tidak baik," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan