Kerajaan Sasar 60,000 Pelajar Asing Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saifuddin Abdullah beramah mesra dengan peserta PABM pada majlis makan malam sempena Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu di Kuala Lumpur, semalam.
Saifuddin Abdullah beramah mesra dengan peserta PABM pada majlis makan malam sempena Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan seramai 60,000 pelajar asing melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan merancang pelbagai usaha bagi mencapai sasaran berkenaan termasuk penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2010) Piala Perdana Menteri Kali Keempat tahun ini.

“Melalui pertandingan itu, kita mahu semakin ramai pelajar asing melanjutkan pelajaran ke negara ini selain menjadikan Bahasa Melayu sebagai subjek elektif untuk mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri jamuan makan malam bersama peserta-peserta PBAM 2010.

Sebanyak 56 peserta dari 51 negara bakal berentap pada pertandingan kali ini bermula 28 Februari sehingga 9 Mac ini.

Acara kemuncak akan berlangsung pada Jumaat ini , pukul 8.30 malam di Dewan Planery PICC dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pertandingan pidato itu dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan serta AG Bestari Events Sdn. Bhd.

Tema tahun ini adalah Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. Ia merupakan acara tahunan yang merupakan satu-satunya pertandingan dalam bahasa Melayu di dunia. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu Nusantara dan Antarabangsa.

Kategori Nusantara terdiri daripada peserta negara yang mengamalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand yang masing-masing akan diwakili dua orang.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan