Ahli Umno Diingatkan Tidak Leka

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Umno diingatkan supaya tidak leka kononnya parti itu semakin kuat ekoran tindakan beberapa pemimpin pembangkang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebaliknya mengingatkan anggota parti supaya sentiasa beringat bahawa kelemahan pembangkang tidak melambangkan kekuatan Umno.

"Kelemahan pada pembangkang, saya ingatkan di sini bukan kekuatan bagi kita.

"Jangan ingat pembangkang semakin lemah, kita semakin kuat, sebaliknya apa yang perlu kita lakukan ialah memberi keyakinan kepada semua bahawa Umno adalah pilihan yang tepat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas senario terkini pemimpin dan ahli PKR yang bertindak keluar beramai-ramai.

Sehingga hari ini mereka yang mengisytiharkan keluar dari PKR ialah bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin; bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Dalam pada itu, Khairy berkata, tindakan pemimpin PKR termasuk rakan baik Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahin iaitu Salehuddin meninggalkan parti jelas membuktikan bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang itu.

Katanya, mereka bukan sahaja melepaskan jawatan malah bertindak keluar dari parti yang menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena denggan PKR ketika ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, Pemuda Umno menyokong keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam yang bersetuju membawa isu royalti minyak ke mahkamah.

"Biar mahkamah membuat keputusan berdasarkan undang-undang," katanya.

Semalam, Sidang DUN Kelantan meluluskan usul tergempar untuk membawa tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan terhadap kerajaan Pusat ke mahkamah.

Usul berkenaan dicadangkan oleh Abdullah Ya'akub (PAS-Air Lanas) yang kemudiannya dipersetujui oleh semua wakil kerajaan termasuk beberapa anggota pembangkang.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, pergerakan itu menubuhkan Makmal Beliau BN yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, penubuhan makmal itu adalah untuk mengenal pasti isu-isu yang penting kepada golongan muda.

"Makmal itu seumpama makmal yang dikendalikan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) untuk enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan kami akan serahkan laporan terperinci rumusannya dalam tempoh tiga bulan," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan