Tindakan Mohammad Fairus Keluar PKR Bukti Krisis Dalam Parti

Diterbitkan: Isnin, 1 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) jelas menunjukkan ada perbalahan dalam pakatan pembangkang.

Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata keputusan Mohammad Fairus itu menunjukkan parti itu kini mengalami masalah.

"Kita boleh lihat terlalu ramai anggota PKR yang kecewa, yang tidak gembira dengan kepimpinan parti dan merasakan dipinggirkan sehingga menyebabkan mereka keluar parti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mohammad Fairus mengumumkan bahawa beliau keluar daripada PKR untuk menyertai Umno dengan alasan hilang kepercayaan kepada parti itu, terutama perkara-perkara yang berkaitan Islam dan orang Melayu.

Teng berkata Mohammad Fairus ketika dahulu merupakan antara tokoh politik paling muda dalam PKR dan memegang jawatan nombor dua kerajaan negeri itu iaitu Timbalan Ketua Menteri 1.

"Mohammad Fairus sudah pasti membuat pertimbangan dengan teliti selepas meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lepas sebelum menyertai Umno," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata beliau mengalu-alukan keputusan Mohammad Fairus untuk menyertai Umno.

"Bagi pihak Umno negeri, saya mengalu-alukan Mohammad Fairus kerana keputusan beliau menunjukkan beberapa anggota parti pembangkang mula menyedari bahawa mereka dipinggirkan," katanya, sambil menambah sebab itu menjadi punca anggota-anggota PKR meninggalkan cawangan Pemuda Guar Jering di Permatang Pauh untuk menyertai Umno baru-baru ini.

Zainal Abidin, yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno, juga menggesa lebih ramai anggota parti pembangkang yang kecewa supaya menyertai Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua MCA negeri Eng Hiap Boon berkata bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ada lagi anggota pembangkang yang keluar parti untuk menyertai BN, mengikut jejak langkah Mohammad Fairus.

"Anggota mereka mula kecewa dengan kepimpinan dan terdapat kemungkinan lebih ramai anggota pembangkang akan menyertai BN," katanya.

Katanya Mohammad Fairus telah membuat keputusan yang tepat untuk menyertai BN kerana PKR gagal untuk melindungi polisi asas dan tidak berkhidmat kepada rakyat dengan baik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan