Syed Husin: PKR Bersyukur Mohammad Fairus Keluar

Diterbitkan: Isnin, 1 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersyukur apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar dari parti itu malam tadi.

Timbalan Presidennya, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, Mohammad Fairus merupakan bebanan kepada PKR sejak menyertai pentadbiran kerajaan negeri itu lagi.

"PKR perlu mengucap syukur ke hadrat Allah kerana Fairus akhirnya meninggalkan parti.

"Sejak beliau menyertai kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malam tadi, Mohammad Fairus tampil selepas hampir setahun menghilangkan diri dalam dunia politik dengan mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu Syed Husin berkata, tindakan Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April tahun lalu kerana tiada pilihan lain ekoran disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Fairus tiada pilihan lain daripada meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan," katanya.

Jelasnya lagi, Mohammad Fairus juga menuntut ganti rugi daripada PKR selepas meletak ajwatan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

"Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu... lagipun parti tidak mampu berbuat demikian.

"Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya, seorang yang baik hati memberikannya 'kerja' dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000," katanya.

Menurut Syed Husin, alasan yang diberikan Mohammad Fairus keluar daripada PKR adalah untuk mempertahankan agama dan bangsa adalah sangat memalukan.

"Fairus memberikan alasan bangsa dan agama, ia angat memalukan kerana beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan