Satu Lagi Pelampung Tsunami Dipasang Di Laut Sulawesi

Diterbitkan: Isnin, 1 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan telah memutuskan untuk memasang satu lagi boya atau pelampung tsunami di perairan Laut Sulawesi bagi menerima isyarat amaran tsunami dari Lautan Pasifik.

Menteri Sains, teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata boya berharga RM1 juta itu akan dipasang di perairan Semporna dan Sipadan di Sabah.

"Kerja-kerja pemasangan pelampung baru itu dijangka siap dalam temph tiga bulan lagi dan ia membolehkan kita menerima isyarat amaran tsunami dari Lautan Pasifik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Jabatan Kimia Pulau Pinang, di sini hari ini. Pada masa ini rangkaian pelampung tsunami negara dipasang di Laut Andaman berdekatan Pulau Rondo, Indonesia, di kawasan Terumbu Layang-Layang di Laut China Selatan dan di perairan Laut Sulu.

Pelampung-pelampung itu dilengkapi dengan alat tsunameter untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan juga maklumat ketinggian ombak tsunami.

Mengulas mengenai amaran tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berikutan gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile, Dr Maximus berkata amaran itu telah ditarik balik petang semalam selepas dikeluarkan pada hari yang sama.

Setelah membuat pemantauan pada setiap minit dan setiap jam di pantai timur Sabah, Semporna dan di Lahad Datu, ketinggian ombak yang dikesan adalah tidak membimbangkan dan amaran tsunami telah ditarik balik, katanya.

Beliau turut menegaskan teknologi pemantauan tsunami di negara ini adalah bertaraf dunia dan mampu mengesan serta memberi amaran awal jika berlakunya kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan