Penganut Hindu Sambut Maasi Magam

Diterbitkan: Isnin, 1 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Lebih 25,000 penganut agama Hindu dari seluruh negara semalam membanjiri pantai Teluk Bahang untuk menyaksikan perayaan Maasi Magam iaitu perarakan membawa patung Dewi Sri Singamuga Kaliamman ke laut.

Menurut kepercayaan Hindu, Maasi bermaksud bulan mengikut kalendar Tamil manakala Magam pula adalah salah satu bintang daripada 27 bintang dalam sistem astrologi Hindu dan satu perayaan disambut satu tarikh antara bulan Febuari dan Mac untuk mendapat restu Dewi yang dipercayai menjaga kawasan laut.

Setiausaha kuil Sri Singamuga Kaliamman N.Ganesan berkata, pada tahun ini perayaan itu disambut pada 28 Febuari kerana "Maasi" dan "Magam" bertemu pada hari itu.

Katanya, perarakan itu hanya berlangsung di negeri ini dan ia adalah acara tahunan.

Beliau berkata, menurut tradisi zaman dahulu, upacara Maasi Magam hanya disambut oleh golongan nelayan tetapi sekarang upacara itu disambut oleh penganut Hindu tanpa mengira pekerjaan.

Ganesan berkata, pengurusan kuil Sri Singamuga Kaliamman yang terletak berhampiran Hotel Mutiara Beach di Teluk Bahang telah merekabentuk sejenis pedati terapung yang disebut sebagai "Theppa Thiruvila" dalam bahasa Tamil untuk membawa patung Dewi itu ke laut.

Sebelum upacara mengarak patung dewi itu ke laut sejauh 5 kilometer, penganut Hindu terlebih dahulu mengandar patung berkenaan sejauh kira-kira 100 meter dari kuil yang berusia 113 tahun itu.

Setelah pedati terapung yang membawa dewi itu diarak ke laut dengan ditarik oleh sampan nelayan, penganut Hindu yang menyaksikan upacara itu akan melepaskan lampu pelita yang berwarna-warni ke laut.

Perarakan itu turut disertai oleh penganut Hindu dari Singapura, Thailand dan Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan