Najib Mahu Ganda Usaha Capai Pertumbuhan 6 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 1 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu jentera pentadbiran kerajaan menggandakan usaha bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi negara sebanyak enam peratus tahun ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa pentadbiran kerajaan melaksanakan sesuatu projek atau program itu secara kos efektif dan nilai faedah yang terbaik tanpa menjejaskan objektifnya.

"Saya harap kita akan berusaha sedaya upaya dan menggerakkan jentera kita sepenuhnya supaya kita dapat mencapai (pertumbuhan ekonomi negara) sebanyak enam peratus tahun ini.

"Saya tidak fikir ini di luar kemampuan kita. Saya yakin kalau kita bekerja bersungguh-sungguh daripada mula kita buat... (ada) perancangan strategik, kita dapat keluarkan idea yang bernas dan buat perancangan yang teratur serta berkesan... buat pemantauan yang dapat kesan kekuatan dan kelemahan kita.

"Saya percaya kita dapat melakukan sesuatu yang luar jangkaan," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri di JPM dan petugas jabatan berkenaan.

Najib berkata, walaupun negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik dan luar daripada jangkaan terutama pada suku keempat 2009, iaitu sebanyak 4.5 peratus, namun persekitaran global masih belum pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, sektor swasta juga belum dapat memainkan peranan mereka secara optimum dalam membantu memulihkan ekonomi negara.

"Maka peranan sektor awam masih penting lagi... masih perlu ditekankan kerana kalau kita dapat menjadi penggerak utama kepada pemulihan sepenuhnya.

"Maka tahun 2010 ini saya harap merupakan tahun di mana kita dapat mencapai pertumbuhan yang lebih baik daripada apa yang telah kita ramalkan. Saya harap penjawat-penjawat awam dapat respons secara positif terhadap usaha-usaha ini," katanya.

Dalam melaksanakan sesuatu projek itu yang mempunyai nilai faedah yang terbaik, Najib memberi dua contoh yang melibatkan perbelanjaan berhemah tinggi namun mempunyai elemen-elemen inovasi serta kreativiti terhadap sesuatu program.

Beliau berkata, sebelum ini tidak pernah terfikir kerajaan boleh mendirikan 50 buah klinik 1Malaysia di seluruh negara dengan hanya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta.

Katanya, majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra Jumaat lepas, juga boleh diadakan walaupun peruntukan dikurangkan daripada RM2.2 juta kepada RM500,000.

Perdana Menteri berkata, walaupun perbelanjaan untuk sambutan itu dikurangkan, jabatan-jabatan yang berkenaan tidak merungut sebaliknya melaksanakan program itu dengan baik.

"Ini bererti kita boleh mencapai satu matlamat program dan projek ini dengan kos yang lebih rendah tanpa kita tidak mencapai apa yang kita hasratkan daripada segi objektif.

"Saya rasa daripada segi signifikan, majlis itu boleh dikatakan sama juga dan perbelanjaan RM2.2 juta malah lebih, sebab kita berada dalam sebuah masjid dengan rasa kesucian masjid itu.

"Walaupun contoh-contoh ini kecil tetapi maknanya kita tidak merungut. Banyak jabatan bila potong perbelanjaan, dia merungut... membebel.

"Jadi sebenarnya kalau kita mempunyai sikap yang positif, kita boleh mencari jalan macam mana pun objektif boleh dicapai dengan perbelanjaan yang minimum sebab itu dapat membantu proses pemulihan ekonomi negara.

"Bila fiskal defisit kerajaan dapat kita kurangkan daripada 7.4 peratus kepada 7 peratus, tahun ini 5.6 peratus dan sebagainya, kita akan meletakkan asas yang lebih mantap, kukuh bagi ekonomi negara," katanya.

Dalam hal lain, Perdana Menteri turut memuji para penjawat awam yang menghadiri perhimpunan hari ini kerana menepati waktu yang ditetapkan bagi mendengar amanatnya.

"Saya anggap ini perhimpunan yang lebih baik, tiada yang tercunggap-cunggap naik bukit (kerana terlewat) sebab kita semua mematuhi waktu yang ditetapkan. Saya percaya anda semua boleh buat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan