Lebih 10 Wakil Rakyat PKR Bakal Keluar Parti - Salehuddin

Diterbitkan: Isnin, 1 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu.

Menurut beliau, kesemua pemimpin berkenaan dijangka mengambil langkah demikian kerana kecewa dengan pengurusan dan hala tuju parti.

"Saya jangka kemungkinan ada lagi pemimpin PKR yang akan keluar parti... mungkin dalam 10 orang.

"Siapa yang kamu jangkakan selama ini untuk ambil langkah itu berkemungkinan betul," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan.

"Saya tak boleh nak cakap... ini semua terpulang kepada mereka sendiri.

"Mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk itu (umum keluar parti), kita tunggu saja waktunya, biarlah masa yang menentukannya," katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai statusnya dalam PKR, Salehuddin mengesahkan beliau telah meninggalkan parti itu dua minggu selepas meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung pada 7 Januari lalu.

"Dah lama saya keluar PKR, ia bukan perkara baru dan lagipun tak perlulah saya buat pengumuman rasmi kerana waktu saya keluar PKR status saya hanya ahli biasa.

"Jadi perkara biasalah kalau ahli biasa macam saya keluar parti," katanya.

Berhubung khabar angin yang mengatakan beliau akan mengikut jejak langkah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dengan menyertai Umno, beliau menolak dakwaan tersebut.

"Mana ada saya nak masuk Umno, sejak saya letak jawatan dalam PKR saya anggap sudah pencen politik.

"Saya lebih selesa seperti sekarang tanpa terikat dengan politik, saya kini lebih fokus kepada perniagaan yang saya jalankan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan