Susulan Gempa Bumi Di Chile Tiada Ancaman Tsunami Terhadap Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia malam tadi mengesahkan tiada ancaman tsunami dilaporkan berlaku di Malaysia berikutan kejadian gempa bumi di Chile petang semalam yang mencetuskan ombak tsunami di beberapa kawasan pantai negara itu.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan pantai Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Sandakan di Sabah dinasihatkan supaya berwaspada ekoran kemungkinan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras air laut mulai tengah hari esok.

Menurut kenyataan jabatan itu, pada 2.34 petang semalam, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter melanda pantai Chile Tengah. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan