Shabery Kesal Dan Sedih Gelagat Penyokong Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek melahirkan rasa kesal dan sedih dengan gelagat penyokong bola sepak Indonesia yang tidak menghormati lagu Negaraku yang dimainkan semasa pasukan kebangsaan menentang Vietnam dalam pusingan kelayakan Kejohanan Futsal Piala AFC di Jakarta Isnin lepas.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku, namun menurutnya beliau tidak menganggap perbuatan ini sesuatu yang sengaja diatur samada ada oleh persatuan bola sepak mahupun kerajaan Indonesia.

"Ia adalah perbuatan segelintir daripada mereka yang cuba merosakkan hubungan baik kerajaan dan rakyat di kedua-dua negara," kata beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Kemaman kepada pemberita selepas menghadiri majlis Dialog Agensi dan Jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aksi penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagi kebangsaan Malaysia pada kejohanan itu sehingga mengakibatkan Pasukan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PPSI) dikenakan tindakan denda RM17,006.

Tindakan itu diambil oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) susulan aduan pengurus pasukan Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak berpuas hati dengan tindakan biadap penyokong bola sepak Indonesia itu.

Penyokong Indonesia dilaporkan menyanyikan lagi kebangsaan mereka Indonesia Raya ketika lagi Negaraku dimainkan selain menjerit perkataan maling (pencuri) dan pondan kepada pemain pasukan negara semasa perlawanan berlangsung.

Menurutnya semua pihak baik rakyat di negara jiran mahupun rakyat tempatan, harus menghormati lagu kebangsaan sesebuah negara kerana ia mencerminkan sikap menghormati negara berkenaan, dan intipati sukan itu sendiri bukanlah melibatkan soal menang atau kalah semata-mata.

Ditanya sama ada beliau bercadang untuk menghantar memorandum bantahan kepada menteri sejawatnya di Indonesia berhubung kejadian itu, Ahmad Shabery berkata perkara tersebut tidak perlu kerana tindakan yang dikenakan oleh AFC berhubung perkara itu sudah memadai. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan