Perairan Sabah Bebas Daripada Kenaikan Paras Laut Ekoran Gempa Di Chile

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perairan Sabah didapati bebas daripada kenaikan paras laut akibat tsunami susulan gempa bumi kuat di Chile semalam, dan dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran awalnya pagi tadi.

Menurut kenyataan jabatan yang dikeluarkan petang ini, tiada sebarang kenaikan paras air laut di perairan Malaysia serta perairan Sabah.

"Ini bermakna perairan Malaysia, khususnya perairan Sabah bebas daripada kenaikan paras laut dan laut bergelora akibat daripada tsunami susulan itu," katanya.

Berikutan itu, jabatan itu berkata nasihat waspada kepada penduduk di pantai timur Sabah ditamatkan.

Pagi ini jabatan itu mengeluarkan amaran waspada kepada penduduk di kawasan pantai timur Sabah, meliputi Tawau, Sandakan dan Lahad Datu, supaya menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini.

Ini berikutan gempa bumi di Chile yang mencetuskan ombak tsunami di beberapa kawasan di pantai Chile, Mexico, Tahiti, Hawaii, Tonga, Kepulauan Samoa dan New Zealand.

Pada pukul 2.34 petang semalam, satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter melanda pantai Chile Tengah dan sehingga kini lebih 300 orang dilaporkan terkorban di negara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan