Malaysia Sampaikan Ucapan Takziah Buat Mangsa Gempa Bumi Chile

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini menyampaikan ucapan takziah dan simpati bagi pihak kerajaan Malaysia kepada mangsa bencana gempa bumi kuat yang melanda Chile semalam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata pejabat Kedutaan Malaysia di Santiago mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang bertugas di di negara republik itu selamat.

Beliau berkata Wisma Putra dan pejabat kedutaan di Santiago akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan kenyataan mengenainya dari semasa ke semasa.

Menurutnya orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh menghubungi pegawai bertugas di sini dengan menelefon 03-88874000/03-88874570 atau 03-88892746.

Gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter melanda kawasan di 115km timur laut bandaraya Concepcion dan 325km barat daya Santiago, ibu negara Chile.

Bencana itu mengakibatkan banyak nyawa terkorban di samping kerosakan harta benda yang serius. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan