Malapetaka Menanti Chile Selepas Gempa Kuat Memusnahkan Negara Itu

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CONCEPCION (Chile): Rakyat Chile yang khuatir akan berlakunya gegaran kali kedua, secara beramai-ramai berkhemah di luar kediaman masing-masing pada saat kekeliruan dan malapetaka melanda mereka ekoran gempa bumi terkuat pernah dirasai di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu.

Sabtu lalu, gempa bumi pada skala 8.8 Richter - yang terkuat pernah dicatatkan di Amerika Selatan untuk sekian lamanya telah memusnahkan bandar ini dan beberapa bandar lain di Chile serta mengorbankan tidak kurang 300 nyawa.

Sementara gegaran sekuat itu sehingga waktu ini didapati tidak meragut begitu banyak nyawa tetapi kemusnahan yang berlaku termasuk begitu banyak apartmen, bangunan pejabat serta infrastruktur utama lain seperti jambatan runtuh dan bekalan elektrik terputus telah merisaukan banyak pihak sama ada Chile mampu bangun semula daripada keruntuhan ini.

"Ia datang bagaikan satu deruan dan gegarannya tersangat panjang iaitu tidak kurang daripada tiga minit sudah cukup untuk memusnahkan segala-galanya," kata seorang penduduk Santiago, Dolores Cuevas.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi itu melanda 56 batu di Utara bandar ini di bawah kerak bumi sejauh 22 batu.

Gegarannya turut mengoncang ibu negara Argentina, Buenos Aires dan dirasai sejauh Sao Paulo di Brazil — 1,800 batu dari pusat gegaran.

Setakat ini ombak tsunami telah dilaporkan melanda Pulau Juan Fernandez milik Chile dan membunuh empat orang di situ manakala bandar pelabuhan Talcahuano musnah teruk dihempas ombak besar.

Sementara itu Presiden Chile Michelle Bachelet berkata, 2 juta rakyatnya akan terjejas kehidupan akibat malapetaka itu.

Beliau telahpun mengumumkan status kecemasan di semua kawasan yang terjejas akibat gempa bumi itu.

Bagaimanapun, kemusnahan ini akan menjadi ujian pertama bagi bakal presiden baru Chile, Sebastian Pinera - seorang bilionaire - yang memenangi pilihan raya presiden bulan lalu dan dijadualkan mengangkat sumpah dua minggu dari sekarang.

"Nampaknya saya akan mengangkat sumpah dengan bebanan untuk membina semula negara kita daripada kemusnahan yang dahsyat..." kata Pinera sambil menambah apa yang berlaku bagaikan kiamat.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan