Kontraktor P.Pinang Keliru Syarat Baru Borang Tender PDC

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Pemuda Umno mendakwa kontraktor di Pulau Pinang keliru dan bimbang dengan syarat baru dalam borang tender yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata dalam borang A berkenaan terdapat satu syarat yang menyatakan bahawa kontrak itu boleh dibatalkan dalam bila-bila masa tanpa sebarang alasan atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Berdasarkan aduan dari beberapa kontraktor di negeri ini, Pemuda Umno pelik kenapa mesti ada syarat seperti itu sedangkan di peringkat kerajaan pusat sendiri tidak pernah ada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Juara Rakyat Parlimen Kepala Batas di Dewan Bakar Kapor di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Anggota Parlimen Kepala Batas yang juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga Datuk Azhar Ibrahim, ADUN Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin serta ADUN Bertam Zabariah Abdul Wahab.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Bahagian Kepala Batas berkata Pemuda Umno dan pihak kontraktor mahu Lim tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan kerana Pemuda Umno melihat syarat itu seperti satu ugutan kepada kontraktor.

"Jangan anggap perkara ini remeh. Kita mahu Lim memberi penjelasan dan yang pastinya syarat itu tidak selari dengan slogan yang dilaungkan beliau iaitu CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)," katanya.

Terdahulu Abdullah yang juga Ketua Umno Bahagian Kepala Batas dalam ucapannya berkata program itu amat berkesan merapatkan rakyat dan pemimpin apabila ia memberi ruang yang luas kepada rakyat menemui pemimpin mereka dengan lebih dekat.

Katanya kegembiraan dan keriangan jelas terpancar di kalangan rakyat apabila mereka diberikan kebebasan menemui dan mengemukakan masalah kepada pemimpin.

"Harapan rakyat besar dan sebagai wakil kepada mereka, kita akan cuba sebaik mungkin membantu dan menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Selain gotong-royong dan membina rumah, beberapa perkhidmatan lain turut diadakan seperti kaunter pendaftaran pemilih, e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan