Kayveas Terima Baik Cadangan Keahliaan Terus BN

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP, Datuk M. Kayveas hari ini menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuka keanggotaan terus kepada individu, parti politik dan badan bukan kerajaan menyertai Barisan Nasional (BN).

Kayveas berkata cadangan itu boleh mengukuhkan lagi BN selain menyatupadukan anggota-anggota parti komponen.

"BN seharusnya menjadi satu parti, saya menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk keanggotaan terus individu, parti politik dan NGO yang menyokong BN bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan anggota parti," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PPP di sini hari ini.

Kayveas brkata cadangan itu juga akan menyatupadukan penduduk kumpulan minoriti seperti kaum India yang berpecah-belah akibat wujudnya banyak parti dalam negara.

Dalam perkembangan lain, Kayveas berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PPP memberi tumpuan kepada usaha untuk mengemas kini keanggotaan di 3,857 cawangan parti itu di seluruh negara selain mendaftar mereka yang layak sebagai pengundi.

PPP kini mempunyai 577,000 anggota dalam 154 bahagian di seluruh negara. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan