Ahmad Zahid Sangkal ATM Terlibat Dalam Aktiviti Pengganas Di Aceh

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menyangkal laporan yang mendakwa tentera Malaysia terlibat dalam aktiviti pengganas di Aceh baru-baru ini, akan meminta polis Indonesia menyiasat perkara itu secara menyeluruh.

Beliau berkata Malaysia akan meminta Ketua Polis Indonesia melaporkan siasatan mereka melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Saya fikir secara langsung mahupun tidak langsung memang tidak pernah ada penglibatan oleh tentera Malaysia dan jauh sekali ada penglibatan oleh kerajaan Malaysia untuk campur tangan dalam sebarang pergolakan di negara-negara jiran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghantaran Kumpulan Pemantauan Antarabangsa-Mindanao V (TPA-M V) di Pangkalan Udara Subang dekat sini hari ini.

Dr Ahmad Zahid diminta mengulas laporan agensi berita AFP mengenai penemuan pakaian seragam mirip tentera Malaysia ketika polis Indonesia membuat serbuan ke atas sebuah pusat latihan paramilitari Jemaah Islamiyah (JI) pada Selasa lepas.

AFP melaporkan seramai 100 anggota polis yang dilengkapi senjata berat terbabit dalam serbuan itu di kawasan hutan daerah Aceh Besar, kira-kira 70 kilometer di timur ibu negeri wilayah, Banda Aceh.

Laporan AFP dipetik sebagai berkata dalam serbuan itu, polis Indonesia turut merampas dokumen, wang dan beberapa pasang pakaian seragam yang mirip kepada pakaian tentera Malaysia.

Sementara itu, TPA-M V diketuai Pengarah Infantri Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Baharum Hamzah bersama 12 anggota termasuk pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tiga pegawai dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota dari Perkhidmatan Awam.

Pasukan itu berlepas ke Mindanao, Selatan Filipina menggunakan pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dr Ahmad Zahid berkata pemilihan semula Malaysia buat kali kelima itu adalah kesinambungan operasi TPA-M 4 yang ditangguhkan sejak 30 November 2008.

"Berdasarkan dari maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa kesemua pihak yang terlibat dalam proses pendamaian di Mindanao, Filipina, amat mengalu-alukan penglibatan semula Malaysia mengetuai TPA-M V," katanya.

Beliau berkata kumpulan itu akan bertugas selama 12 bulan meliputi kawasan Cotabato, Gen San dan Zamboanga.

Mereka akan bekerjasama dengan enam anggota tentera Libya dan 10 anggota Brunei yang telah pun berada di Mindanao, kata Dr Ahmad Zahid yang dijangka mengadakan lawatan rasmi ke negara itu pada penghujung April ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan