Yang di-Pertuan Agong Selamat Pulang Dari Jerman

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan anakandanya mengaminkan doa sebaik tiba di Pangkalan Udara Subang di sini, malam semalam. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan susulan fisioterapi di Bad Wiessee, Jerman sejak 26 Januari lepas.

Keberangkatan pulang Seri Paduka pada 11.30 malam semalam diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta anakanda-anakanda baginda.

Menurut kenyataan Istana Negara, keadaan Tuanku Mizan dilaporkan baik selepas mendapat rawatan di Medical Park, St.Hubertus.

Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang menjalani rawatan.

Pada 30 November tahun lepas, Tuanku Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan