Mara Akan Lebih Memilih Bidang Dan Universiti Pelajar Tajaannya Ke Luar Negara - Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengetatkan pemilihan bidang pengajian dan taraf universiti untuk pelajar tajaannya ke luar negara pada tahun-tahun akan datang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Mara akan lebih fokus dan menghantar pelajar-pelajarnya mengikuti bidang-bidang yang benar-benar diperlukan negara di universiti yang ternama.

"Pada tahun-tahun akan datang, kita akan fokus kepada mendaulatkan sektor pendidikan selaras dengan matlamat utama MARA diwujudkan, khususnya membantu bumiputera sebaik mungkin bukan sahaja membolehkan anak kita belajar dalam negeri tetapi juga di luar negara.

"Saya minta apabila kita hantar pelajar ke luar negara bidang yang diceburi adalah bidang yang betul-betul boleh melonjakkan kedudukan mereka, boleh menjayakan keperluan kepakaran negara kita," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Seminar Pembangunan Minda anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerja sama Biro Pendidikan Umno Semporna di sini hari ini.

Menurutnya adalah kurang wajar bagi kerajaan berbelanja sehingga berbilion ringgit untuk menaja pelajar di universiti luar negara jika bidang yang diambil dan taraf universiti itu setara dengan universiti dalam negara.

"Kalau keadaan itu berlaku, lebih baik mereka belajar di dalam negara sahaja," katanya.

Shafie berkata Mara tidak kekurangan pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke universiti tersohor dunia kerana pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Dalam perkembangan lain, Shafie berkata Yayasan Pelajaran Mara akan mewujudkan sekretariat yayasan itu di kawasan luar bandar di seluruh negara bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada pelajar yang memerlukan.

Sementara itu, beliau yang juga naib Presiden Umno menyifatkan cadangan untuk membuka keanggotaan terus ke dalam Barisan Nasional (BN) memberi banyak kebaikan dan manfaatnya.

Katanya melalui kaedah itu rakyat Malaysia sama ada golongan profesional dan anggota pertubuhan bukan kerajaan yang ingin menyumbang kepada pembangunan negara bersama BN boleh berbuat demikian tanpa menyertai mana-mana parti politik.

"Perkara baik harus digalakkan. Kita harus fikirkan soal kekuatan parti. Kita harus fikirkan apakah ini akan menguatkan BN. Ia perlu diperincikan. BN adalah platfom terbaik untuk memperincikannya (termasuk) syaratnya, secara peribadi saya setuju," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan