Kejayaan Negara Atasi Krisis Ekonomi Kerana Pelbagai Faktor, Kata Husni

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kejayaan negara keluar daripada krisis kemelesetan ekonomi disumbangkan oleh pelbagai faktor dan tidak hanya bergantung kepada pakej rangsangan ekonomi sahaja, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata dakwaan yang disebarkan pihak pembangkang yang mengatakan pertumbuhan ekonomi negara hanya disebabkan pakej itu adalah tidak benar sama sekali.

"Pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah turut memberikan kelebihan kepada negara...kita tidak mengurangkan eksport ke Eropah tetapi berjaya meningkatkan eksport di negara-negara Asia juga.

"Jika dulu ekonomi negara kita mencatatkan kadar defisit dengan negara China tetapi tidak lagi pada masa ini kerana dalam tempoh masa dua tahun ini kita mendapat keuntungan daripada lebihan dagangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 'Pintar MAS' di Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua di sini hari ini.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicatatkan dalam pelbagai sektor telah memberikan kelebihan kepada negara untuk keluar daripada krisis ekonomi yang turut melanda dunia.

Ahmad Husni berkata sebagai contoh, sektor pembuatan negara mencatatkan kadar negatif pada suku pertama, kedua dan ketiga tahun lepas, tetapi berjaya mencatat pertumbuhan positif pada suku keempat.

"Dalam sektor pembuatan, pada suku pertama -17.9, suku kedua -14.5, suku ketiga -8.6 manakala pada suku keempat telah mencatat positif 5.3 peratus...semua ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian ekonomi Malaysia yang mencatat pertumbuhan 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lepas merupakan di luar jangkaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi tahun lepas ekonomi negara mencatatkan penguncupan sebanyak 1.7 peratus iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3.0 peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Ekonomi negara mencatatkan penguncupan tiga suku berturut-turut iaitu 6.2 peratus pada suku pertama, 3.9 peratus pada suku kedua dan 1.2 peratus pada suku ke tiga tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan