Keahlian Terbuka BN Perlu Dapat Kelulusan Dewan Tertinggi Dahulu - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pelaksanaan sistem keahlian terbuka Barisan Nasional (BN) perlu mendapat kelulusan Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu.

Katanya, satu jawatankuasa khas meminda perlembagaan BN itu yang dipengerusikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengemukakan pelbagai cadangan konkrit termasuk pelaksanaan keahlian terbuka BN itu, dalam usaha memperkasakan semula BN.

"Sebab ini melibatkan pindaan pada perlembagaan (parti), jadi pindaan perlembagaan perlu diluluskan Dewan Tertinggi dulu.

"Saya cadang supaya sempena konvensyen BN pada tahun ini, kita akan pinda perlembagaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Tanjung Agas Real-Time Broadband di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Tanjung Agas Technology, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata semua cadangan berkenaan juga akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan BN sebelum ia diterima Dewan Tertinggi BN.

Berkenaan konvensyen BN itu, Najib berkata tarikh konvensyen berkenaan masih belum diputuskan lagi.

"(Konvensyen itu nanti) ia akan bincang perkara lain, (apa) yang penting ialah memperkasakan komitmen dan semangat BN," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata keahlian terbuka B Nperlu dipercepatkan dalam usaha menambahkan sokongan kepada BN.

Khairy berkata semua pihak tidak perlu bimbang dengan sistem itu kerana ia bertujuan meningkatkan keahlian parti. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan