Raja Muda Perlis Mahu Pegawai Masjid Kebal Daripada Pengaruh Luar

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru para pegawai masjid di Perlis supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang mempunyai kepentingan peribadi.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bimbang ada pihak yang mungkin mempergunakan pegawai masjid secara halus demi mengejar kepentingan tertentu.

Bertitah melancarkan kaedah siaran khutbah menerusi multimedia di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi dekat sini hari ini, baginda mahu masjid menjadi pusat kegiatan kemasyarakatan dan menjadi arena pengukuhan perpaduan umat Islam.

"Perpecahan juga akan wujud jika ada di kalangan pegawai masjid menyalahgunakan masjid sebagai landasan untuk mencapai cita-cita peribadinya," titah baginda.

Sehubungan itu baginda berharap para pegawai masjid berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh pihak lain yang ingin memburu cita-cita tertentu. Baginda juga berharap peningkatan kemudahan teknologi terkini dalam institusi masjid akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengimarahkan masjid.

"Jika ada pegawai yang berkebolehan dalam bidang teknologi maklumat, mereka boleh mewujudkan jaringan hubungan dengan masjid-masjid dan menyalurkan maklumat kegiatan melaluinya," titah baginda.

Menurut baginda, masjid yang aktif mengadakan kegiatan sudah pasti akan mempunyai peminatnya yang akhirnya masjid itu dapat diramaikan secara berkesan.

Baginda juga mahu para pendakwa mengoptimumkan peluang yang ada untuk meningkatkan dakwah dengan kemahiran dan kreativiti yang pelbagai termasuk melalui pendekatan berorientasikan perkhidmatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan