Penyeragaman Sijil, Logo Halal Mudahkan Masyarakat Kenali Yang Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyeragaman sijil dan logo halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang bermula semalam akan memudahkan anggota masyarakat untuk mengenal pasti antara sijil halal yang disahkan olah Jakim dengan yang palsu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dengan penyeragaman itu, Jamil Khir berkata masyarakat Muslim di negara ini tidak lagi diburu dengan perasaan keliru dan was-was dalam memastikan yang mana satu sijil atau logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

"Apabila ada perbezaan pada sijil halal, masyarakat tidak dapat kenal pasti sijil yang mana yang diterima sebagai sijil yang betul. Tetapi apabila diseragam, maka sebarang perbezaan yang ada, senanglah untuk orang ramai mengetahui bahawa sijil itu tidak diiktiraf oleh Jakim," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal anjuran Jakim di Masjid Negara di sini semalam.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan kempen tersebut.

Kempen di Masjid Negara itu akan berakhir Ahad ini.

Jamil Khir berkata Jakim telah mengeluarkan sijil dan logo halal kepada Majlis Agama di setiap negeri yang menggunakan satu paten sahaja.

Mengenai Akta Halal pula, beliau berkata ia dijangka dapat dikuatkuasakan mulai tahun depan selepas perbincangan muktamad dibuat antara Jakim, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya dengan adanya akta itu, Jakim akan dapat mengambil tindakan dengan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan penggunaan sijil, logo dan prosedur halal.

"Apa yang penting dengan adanya akta ini ialah penguatkuasaan dapat dijalankan. Sebab apabila tidak ada akta, penguatkuasaan sukar dilakukan kerana tidak diketahui enakmen atau akta mana yang boleh diambil apabila ada pihak yang mengeluarkan sijil tiruan.

"Sebelum ini kita mungkin boleh menegur, tetapi teguran tidak boleh memberi kesan yang baik," katanya.

Terdahulu semasa berucap di majlis tesebut, Jamil Khir berkata industri halal di negara ini yang semakin berkembang pesat perlu terus diterokai dan dikuasai bagi mengangkat misi negara dalam menjadikan Malaysia sebagai hab halal dunia.

Beliau berkata industri halal mempunyai potensi dalam menjana pendapatan bernilai RM8 trilion setahun.

Katanya sejak negara terlibat secara aktif dan agresif di dalam industri halal, ia telah menjadi industri yang berimpak tinggi dan pada masa sama telah melonjakkan kedudukan sosioekonomi ummah.

"Berdasarkan kajian HighBeam Research pada 2007, pasaran makanan halal mencecah US$150 bilion dan dijangka meningkat kepada US$500 bilion pada tahun ini.

"Ini berdasarkan kepada prospek pengguna Muslim yang meliputi 112 negara. Melihat kepada potensi ekonomi yang sebegitu besar, tentulah ia menjadi satu industri yang amat penting untuk diterokai dan dikuasai," katanya.

Justeru itu, Jamil Khir berkata kempen 1Malaysia 1Halal merupakan kesinambungan kepada agenda nasional tersebut.

"Kempen ini memfokuskan untuk meningkatkan kesedaran penggunan terhadap logo halal Malaysia dan menyediakan platform untuk para usahawan mempromosikan produk atau perkhidmatan halal serta membentuk jaringan strategik di kalangan usahawan," katanya.

Antara pengisian kepada kempen tiga hari yang diadakan di perkarangan Masjid Negara itu termasuklah forum perdana Ehwal Islam bertajuk 'Halalan Toyyiba dan Nampak Halal Tapi Haram', jualan produk oleh para usahawan, jualan amal oleh Daganghalal.com dan pemeriksaan kesihatan percuma. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan