PDRM Akan Tempatkan Anggota Di Enam Negara Pengeluar Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan sekurang-kurangnya seorang pegawai perhubungan narkotik di enam negara yang dikenal pasti sebagai negara pengeluar utama dadah di dunia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zulhasnan Najib berkata, inisiatif terbaru untuk menempatkan mereka di pejabat Kedutaan Malaysia di negara terbabit akan membantu dalam aspek mengumpul maklumat melalui risikan.

Tanpa mendedahkan nama negara yang terbabit, beliau berkata, langkah itu dijangka akan dilaksanakan pertengahan tahun ini sekiranya segala proses berjalan lancar.

"Dengan cara menempatkan pegawai ini, polis dapat bersama-sama berkongsi maklumat dan bertukar-tukar kepakaran dengan agensi penguatkuasaan di negara berkenaan dalam usaha mematahkan cubaan menjadikan Malaysia sebagai transit dadah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Zulhasnan berkata, Malaysia kini sering menjadi sasaran penyeludupan dadah terutama yang membabitkan warga Iran dan ada yang lebih berani membuat makmal mini bagi memproses dadah di dalam negara.

Menurutnya, kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah jenis methamphetamine atau syabu oleh warga Iran dilihat semakin menjadi-jadi apabila keseluruhan tangkapan rakyat negara itu pada tahun ini kini menjangkau 50 orang.

Katanya, sepanjang dua bulan ini juga 55.133 kilogram syabu kristal, 6.9 cecair syabu dan empat kilogram kokain dirampas dalam beberapa serbuan, kebanyakkannya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan sekitar Lembah Klang.

"Faktor utama Malaysia sering menjadi tumpuan penyeludupan dadah dari Iran adalah kerana harga pasaran yang tinggi di Malaysia berbanding Iran, iaitu berbeza kira-kira RM100,000 untuk satu kilogram," katanya.

Beliau berkata, di Iran, meskipun dadah di negara itu lebih berkualiti, ia boleh didapati dengan harga yang murah dan sindiket boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan memasarkannya ke Malaysia.

Menurut beliau, polis juga sedang menyiasat dakwaan Duta Iran ke Malaysia, Prof Dr Mohammad Mehdi Zahedi bahawa ada kumpulan mafia antarabangsa yang terlibat dalam penyeludupan dadah ke sini oleh warga Iran.

Sementara itu Zulhasnan berkata, hari ini polis berjaya memberkas dua lagi lelaki Iran dan merampas 200 gram syabu kristal, 6.9 kilogram cecair syabu selain pelbagai peralatan memproses syabu di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee, pada kira-kira pukul 1.15 pagi.

Menurutnya, selain itu dua lagi lelaki Iran ditahan dalam dua serbuan sejak dua hari lepas di KLIA ketika mereka baru sahaja tiba di Malaysia dengan membawa sejumlah dadah.

Beliau berkata, pada serbuan Selasa itu, polis menahan seorang lelaki Iran selepas didapati cuba menyeludup 4.9 kilogram syabu yang disorokkan dalam barang makanan kira-kira pukul 10 malam.

Katanya, lelaki itu baru tiba dari sebuah negara timur tengah manakala seorang lagi lelaki Iran yang dipercayai menjadi keldai dadah ditahan kira-kira pukul 6 pagi keesokan harinya sejurus tiba dari Dubai.

"Lelaki itu menelan sejumlah dadah, dan dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Setakat ini sejumlah 65 ketul dadah syabu seberat 453 gram berjaya dikeluarkan," katanya.

Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan