Mahmood Zuhdi Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid (tiga, kanan) bersama penerima-penerima Anugerah Maulidur Rasul (dari kiri) bapa kepada Nik Nur Madihah, Nik Mohd Kamel, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr.Yaacob Che Man, Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, Faiza Bayumi Syed Ahmad, Pendakwah dan Penceramah Bebas, Datuk Abu Hassan Din Al- Hafiz, Pesara, Bekas Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Abdul Razak Kechik dan Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selepas majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di Putrajaya, hari ini. Maulidur Rasul kali ini bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah'. -Foto BERNAMA
Penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid (tiga, kanan) bersama penerima-penerima Anugerah Maulidur Rasul (dari kiri) bapa kepada Nik Nur Madihah, Nik Mohd Kamel, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr.Yaacob Che Man, Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, Faiza Bayumi Syed Ahmad, Pendakwah dan Penceramah Bebas, Datuk Abu Hassan Din Al- Hafiz, Pesara, Bekas Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Abdul Razak Kechik dan Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selepas majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di Putrajaya, hari ini. Maulidur Rasul kali ini bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah'. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid diumumkan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Beliau menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maulidur Rasul pringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini.

Beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, plak, sijil dan hadiah iringan.

Enam penerima anugerah Maulidur Rasul yang lain ialah usahawan Faiza Bayumi Syed Ahmad, pendakwah dan penceramah bebas Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, Pegawai Penyelidik Dr Tan Swee Lian, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Yaacob Che Man, pesara dan bekas Pengarah Kesihatan Datuk Dr Abdul Razak Kechik dan pelajar Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamel.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,000, plak, sijil dan hadiah iringan.

Bagaimanapun, pada majlis itu Nik Nur Madihah tidak hadir dan diwakili oleh bapanya, Nik Mohd Kamel Husin berikutan anaknya itu sedang mengikuti pengajian di Universiti Jash, Irbid, Jordan di dalam bidang Fizik Islam.

Sementara itu, Mahmood ketika ditemui pemberita berkata beliau bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan terhadap sumbangannya.

Bagaimanapun, katanya pengiktirafan seperti itu turut membimbangkan beliau sama ada dapat menyempurnakannya daripada segi membawa masyarakat untuk menjiwai dan menghayati ajaran Nabi Muhammad S.A.W yang sebenarnya.

"Persoalannya, orang macam saya yang telah diberi anugerah sebagai tokoh Maulidur Rasul, sama ada saya mampu untuk membawa masyarakat kita kepada misi yang sebenar, visi dan sebagainya. Ini yang saya rasa kecil dan takut," katanya.

Beliau juga berkata kajian perlu dilakukan untuk mencari mereka yang benar-benar berjasa tetapi tidak ditonjolkan atau menjadi tumpuan masyarakat supaya dapat diberikan pengiktirafan.

"Kadang kala mereka itu adalah tokoh yang sebenar-benarnya. Jangan sampai mereka mati, baru hendak memberi anugerah dan sebagainya," katanya.

Nik Mohd Kamel pula berkata anaknya Nur Madihah terkejut dan tidak menyangka akan memperoleh pengiktirafan seperti itu tetapi pada masa yang sama bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan.

"Semoga ia menjadi satu dorongan kepada orang lain dan anak-anak lain untuk memberi kegembiraan kepada keluarga mereka sebagaimana Madihah berikan (kepada kami)," kata nelayan itu.

Ibu Nur Madihah, Mariani Omar pula berkata anaknya itu menitiskan air mata ketika dimaklumkan mengenai pemberian anugerah itu.

Nur Madihah adalah pelajar cemerlang yang memperoleh 19 1A dan satu 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tan, pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata beliau yang terkejut dengan penganugerahan itu menganggapnya sebagai pengiktirafan kepada tugas beliau selama lebih 30 tahun di Mardi.

Beliau yang banyak menyumbangkan tenaga dalam perundingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam membangunkan penanaman industri, berkata pengiktirafan seperti itu dapat memberi dorongan kepada mana-mana rakyat Malaysia untuk turut sama memberi sumbangan kepada negara.

Tan mempunyai kepakaran dalam bidang genetik tumbuhan, pembiakan tumbuhan, pengeluaran tumbuhan, fisiologi tanaman, hortikultur dan agronomi. Menerusi penyelidikan yang telah dijalankan, beliau berjaya mendapatkan hak milik intelektual bagi lima veraiti ubi kayu dan empat veraiti ubi keledek.

Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, Faiza berkata beliau bersyukur dengan penganugerahan itu dan akan terus giat dalam kerja-kerja amal untuk masyarakat dan negara serta memberi sumbangan kepada sesiapa yang memerlukan.

Antara sumbangan signifikan beliau kepada masyarakat adalah melalui Tabung Bersamamu TV3 yang telah banyak mengurangkan beban golongan yang memerlukan di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan