Ketua Polis Negeri Antara Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar merupakan antara enam penerima anugerah khas sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor 2010 di sini hari ini.

Khalid, 53, yang sedang menunaikan umrah menerima Anugerah Khalid Al Walid yang diberikan khas kepada individu yang pernah terlibat dalam tindakan berisiko tinggi demi menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat serta negara.

Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd. Talha Abd.Rahman menerima Anugerah Umar Abdul Aziz; pelajar tingkatan lima di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Klang, Muhammad Mu'az Mohd Abd Azis menerima Anugerah Saidina Ali; dan Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Dr Jawiah Dakir yang menerima Anugerah Saidatina Khadijah.

Turut menerima anugerah pada sambutan itu ialah bekas guru tahfiz di JAIS Mohd Ilham Ikhsan yang menerima Anugerah Saidina Othman Al-Affan dan bekas pensyarah di Maktab Perguruan Islam Selangor Mohd. Salleh Ashaari yang menerima Anugerah Imam Al-Ghazali.

Setiap penerima anugerah dihadiahkan wang tunai, sepersalinan pakaian, piala iringan dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Stadium Malawati di sini.

Mohd. Talha ketika ditemui pemberita berkata beliau bersyukur kerana segala usahanya sepanjang bertugas dengan kerajaan selama 33 tahun dihargai apabila menerima anugerah berkenaan.

"Apa yang saya lakukan selama ini...tidak ada tujuan untuk dapat apa-apa faedah di dunia. Umur saya kini sudah lanjut, 81 tahun, selagi umur panjang, saya akan terus berkhidmat untuk kepentingan umat Islam dan Selangor," katanya.

Muhammad Mu'az, 17, berkata pemberian anugerah Saidina Ali kepadanya akan dijadikan sebagai pendorong untuk beliau mencapai tahap yang tertinggi pada masa akan datang.

Jawiah, 57, pula berkata kejayaannya menerima anugerah itu mendorongnya untuk terus menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam bidang pendidikan selain bergiat aktif dalam aktiviti sosial khususnya berhubung dengan hal ehwal wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan