Jenazah Mohd Shah Selamat Dikebumi Di Kampung Kelahirannya

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jenazah pemandu di Pejabat Konsulat Malaysia di Sydney, Australia, Mohd Shah Saemin yang mati dibunuh di negara itu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak Paya, Ayer Molek di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan kira-kira pukul 10 pagi dengan dihadiri kira-kira 500 orang termasuk bapanya Saemin Mongin, 70, tiga adiknya Mohd Kamal, Rohayu dan Mohd Saiful serta penduduk kampung.

Terdahulu, solat jenazah oleh 100 orang jemaah diadakan di Masjid Kampung Tambak Paya diimamkan Imam 1 masjid itu, Muhamad Rahmat.

Jenazah Allahyarham tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor dari Australia pukul 8.50 malam tadi dan terus dibawa pulang ke Kampung Tambak Paya.

Turut menziarahi jenazah malam tadi ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ayer Molek, Datuk Md Yunus Husin.

Ketika ditemui pemberita, Saemin dengan nada sedih berkata beliau reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu.

Mohd Shah, 43, dilaporkan diserang dengan tukul besi dan ditikam oleh dua lelaki di luar unit kediamannya di Marion Street, Leichhardt, Sydney, Ahad lepas.

Beliau yang tinggal di Australia sejak beberapa tahun lepas dan sudah menjadi warga Australia, bekerja sebagai pemandu di pejabat Konsulat Malaysia di Sydney.

Allahyarham pernah bertugas dengan sebuah syarikat perkapalan selepas menamatkan pengajian di Akademi Laut Malaysia di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, pada awal 80-an.

Mohd Shah kemudiannya menetap di Australia dan bekerja dengan sebuah rumah kebajikan selama lapan tahun sebelum menjadi pemandu.

Allahyarham pernah berkahwin dengan wanita Australia yang memeluk Islam tetapi kemudiannya berpisah tanpa mempunyai anak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan