Anak Raja Petra Akui Cederakan Diri Sendiri - Suhakam

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menjelaskan, anak pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin tidak mengalami penyeksaan mental dan fizikal sehingga menyebabkan dia menelan bilah pisau cukur dan mencederakan pergelangan tangan kirinya, 8 Februari lalu.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk N. Siva Subramaniam berkata, sebaliknya Raja Azman, 33, mengaku berbuat demikian atas kehendak sendiri sebagai tanda protes apabila diasingkan sel oleh warden

"Saya tanya kenapa berbuat demikian, jawabnya kerana tidak berpuas hati diasingkan ke dalam Blok Tawakal untuk satu siasatan," kata Siva kepada pemberita selepas berjumpa Raja Azman di Penjara Sungai Buloh di sini semalam.

Beliau berkata insiden itu bukanlah satu cubaan membunuh diri atau wujudnya kes penderaan kerana Raja Azman bertindak di atas kemahuannya sendiri.

Juga tidak wujudnya gangguan mental atau penderaan secara fizikal kerana beliau (Raja Azman) cuma berada dalam keadaan marah sahaja lalu bertindak demikian, katanya.

"(Beliau) Bukan dicederakan...tiada sesiapapun mencederakannya, sama ada warden mahupun pegawai penjara," katanya.

Beliau berkata Raja Azman bertindak sendiri mencalarkan tangan kirinya dan menelan sebilah pisau cukur selepas mendapat tahu akan diletakkan dalam blok berasingan daripada banduan lain.

Siva berkata beliau dimaklumkan oleh pihak penjara bahawa insiden yang menyebabkan Raja Azman diletakkan ke dalam blok berasingan kerana dikatakan melanggar peraturan penjara.

"Beliau (Raja Azman) memarahi seorang pegawai...jadi beliau telah melanggar peraturan. Biasanya apabila tahanan berbuat demikian, dia akan diasingkan ke bilik atau blok lain sehingga penyiasatan selesai," katanya.

Katanya Raja Azman hanya mengalami calar yang tidak memerlukan jahitan langsung, namun telah dibawa sejurus insiden itu berlaku ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

"Ada dua bilah pisau yang kecil telah keluar secara sendirinya...dia tidak menghadapi sebarang kecederaan dalaman atau apa-apa perkara yang lain. Dia kini ditempatkan di wad penjara dan akan kembali ke bloknya dalam masa beberapa hari lagi," katanya.

Ketika ditanya hasil lawatannya itu, Siva berkata secara keseluruhannya Suhakam berpuas hati dengan sistem pentadbiran penjara dalam menangani banduan tanpa mengira pangkat dan status mereka.

Beliau turut diberi taklimat oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh, Navander Singh dalam lawatan dua jam itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan