Tiga Politeknik DiNaik Taraf Sebagai Politeknik Primer

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penubuhan Universiti Politeknik akan menjadi pelengkap kepada pendidikan vokasional dan teknik di peringkat pengajian tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Universiti Politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pascamenengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik tanpa perlu menyambung pengajian ke institusi lain," katanya semasa melancarkan Pelan Transformasi Politeknik di sini hari ini.

Dengan menawarkan pakej pendidikan di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda, sistem politeknik pastinya akan berjaya menarik minat pelajar-pelajar terbaik di negara ini untuk mengikuti pendidikan berteraskan kemahiran tinggi, katanya.

Sehubungan itu tiga Politeknik telah dinaik taraf hari ini kepada Politeknik Premier yang menjadi asas kepada pewujudan Universiti Politeknik menjelang 2015.

Politeknik tersebut adalah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Johor Bahru.

"Potensi mereka boleh digarap dan ditingkatkan lagi untuk menyumbang kepada kemajuan negara," katanya.

Muhyiddin turut berharap bidang-bidang baru seperti bioteknologi dan nanoteknologi juga perlu dibangunkan dan dijadikan bidang tujahan politeknik.

"Pusat-pusat kecemerlangan politeknik perlu diwujudkan untuk menggalakkan kolaborasi intensif dengan pihak industri yang relevan bagi memupuk budaya penyelidikan dan menjana inovasi dalam bidang-bidang tujahan ini," katanya.

Selain itu katanya, penawaran kursus-kursus berteraskan perkhidmatan seperti animasi digital, rekabentuk, insurans dan kewangan hendaklah dipergiatkan.

"Ini kerana ekonomi negara sedang berubah ke arah ekonomi yang dipacu oleh sektor perkhidmatan, bidang dan program yang ditawarkan di politeknik juga haruslah selaras dengan perubahan ini, tanpa mengabaikan keperluan yang masih wujud dalam sektor pembuatan dan pembinaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya juga sedang melihat semula kokurikulum di sekolah teknikal dan vokasional supaya selari untuk ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Sementara itu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata politeknik menerima 90,000 permohonan setahun bagi peringkat diploma.

Malangnya, beliau berkata politeknik hanya dapat menyediakan kira-kira 25,000 tempat setahun.

"Kita menafikan ramai hak pelajar untuk menyambung ke peringkat diploma di politeknik ketika ini," katanya.

Namun katanya, terdapat usaha bagi peringkat sijil diserahkan kepada Jabatan Kemahiran Malaysia, Institut Kemahiran Belia dan institusi-institusi lain.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan