Mingguan mStar Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan akhbar Mingguan mStar.

Akhbar mingguan bahasa Melayu yang pertama kali diterbitkan The Star itu bakal berada di pasaran pada Ahad ini sebagai sisipan akhbar berbahasa Inggeris, Sunday Star di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya.

Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datin Linda Ngiam berkata, penerbitan Mingguan mStar itu dilakukan berikutan keyakinan syarikat terhadap potensi akhbar berbahasa Melayu itu selepas kejayaan di luar jangkaan mStar Online setelah lima tahun beroperasi.

Katanya, Kumpulan Media Star tidak percaya bahawa industri persuratkhabaran kini meleset sebaliknya yakin bahawa penerbitan akhbar yang asalnya secara dalam talian itu adalah langkah yang tepat.

"Penerimaan pembaca yang luar biasa terhadap mStar Online dengan purata pageview mencapai 3.5 juta hit setiap bulan, oleh itu apa salahnya kami menawarkan sesuatu yang dicetak sebagai sebahagian daripada produk kami yang paling berjaya iaitu akhbar Sunday Star.

"Kerana itu kami mengucapkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri yang meluluskan lesen penerbitan akhbar bahasa Melayu sulung kami," katanya lagi.

Beliau memberitahu, pada awalnya pihak syarikat terkejut dengan cadangan yang berani iaitu hasrat menerbitkan akhbar bahasa Melayu terbabit kerana belum ada lagi akhbar bahasa Inggeri dipasarkan bersama sisipan sebuah akhbar bahasa kebangsaan.

"Memang benar telah ada sisipan pendidikan dalam bahasa Melayu tetapi ia berbeza dengan Mingguan mStar dalam Sunday Star," jelas beliau.

Dalam pada itu, Linda memberi jaminan bahawa akhbar hujung minggu itu bukan salinan akhbar bahasa Inggeris terbitan syarikat itu. Sebaliknya, tegas beliau, akhbar bahasa Melayu berkenaan memiliki kandungan aslinya yang tersendiri.

"Memandangkan kami telah memiliki pasukan yang tidak besar tetapi bekerja kuat memajukan mStar Online, kami membuat keputusan mengorak langkah mengembangkan lagi peranan pasukan berkenaan," jelasnya.

Katanya, kajian yang dibuat kumpulan itu mendapati 32 peratus daripada pembacanya berkomunikasi dalam bahasa Melayu secara langsung atau tidak sebagai bahasa ibunda mereka.

"Mingguan mStar merupakan bahan bacaan pilihan yang ideal untuk segmen ini. Kami menjangkakan segmen ini akan berkembang dan yakinlah bahawa akhbar ini akan terus berkembang," katanya.

Sementara itu beliau memberitahu bahawa, akhbar terbaru itu adalah sesuatu yang diperlukan oleh gagasan 1Malaysia kerana ia akan menawarkan berita dalam bahasa kebangsaan sekali gus menggambarkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Bagi Kumpulan Media Star, kata Linda, penggunaan bahasa Melayu juga merupakan instrumen penting untuk mengekalkan kestabilan, harmoni dan keamanan di Malaysia.

"Kerana itu kami sentiasa berusaha mencapai kepelbagaian sasaran dalam masyarakat," ujarnya. Tambahnya, syarikat berkenaan memiliki tiga stesen radio yang menggunakan tiga bahasa utama iaitu SuriaFM untuk bahasa Melayu, 98.8FM (Cina) dan RedFM (Inggeris).

"Kami menerbitkan empat majalah iaitu Galaxie dan Flavours dalam bahasa Inggeris selain Kuntum dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah serta majalah perniagaan, Shang Hai dalam bahasa Cina," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan