Denggi: Dua Wanita Mengandung Maut, Jumlah Kes Menurun

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua kematian akibat demam denggi, melibatkan wanita mengandung, dilaporkan dalam tempoh 14 hingga 20 Feb, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 25 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata kes demam denggi bagaimanapun dilaporkan menurun kepada 935 kes berbanding 1,059 kes minggu sebelumnya.

Katanya jumlah terkumpul kes yang dilaporkan tahun ini adalah 7,228 kes, berbanding 8,920 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Walaupun terdapat penurunan kes sebanyak 19 peratus, jumlah kematian yang dilaporkan pada tahun ini lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas dan keadaan ini amat membimbangkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua kes itu membabitkan seorang suri rumah berusia 28 tahun, yang meninggal dunia pada 15 Feb lepas setelah mengalami demam, sakit tekak dan muntah tujuh hari sebelum itu.

Suri rumah tersebut berasal dari Petaling Jaya, Selangor pada mulanya mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh pada 11 Februari sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh keesokan harinya.

Beliau berkata kes kedua pula, melibatan seorang suri rumah yang berusia 37 tahun berasal dari Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Pesakit yang mulanya mengalami demam dan ruam pada 28 Januari, telah mendapatkan rawatan di Hospital Likas dan terus dimasukkan ke wad pada hari yang sama.

Bagaimana pun pesakit meninggal dunia pada 20 Februari disebabkan kegagalan fungsi organ akibat demam denggi berdarah.

Bagi kes Chikungunya pula, Dr Mohd Ismail berkata sebanyak 29 kes dilaporkan pada minggu lepas, iaitu penurunan sebanyak 28 peratus daripada minggu sebelumnya sebanyak 40 kes.

Hampir kesemua kes itu dilaporkan di Sarawak dan satu lagi di Terengganu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan