Tujuh Buah Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Simpang Pulai

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tujuh buah kedai setingkat musnah dalam kebakaran yang menyebabkan kerugian yang dianggarkan hampir setengah juta ringgit di Kampung Baru, Simpang Pulai di sini awal hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, tiada mangsa yang mengalami kecederaan kerana beberapa pemilik dan pekerja yang berada dalam kedai sempat menyelamatkan diri, kata Pegawai Bomba Kanan II Ipoh Mat Zairul Niza Said.

Beliau berkata kedai-kedai yang musnah dalam kebakaran itu ialah dua buah kedai gunting rambut, pejabat Rela, kedai kasut, alat tulis, video dan sebuah kedai kosong.

Seramai 27 anggota pasukan penyelamat dengan empat jentera mengambil masa tiga jam memadamkan kebakaran tersebut, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Punca kebakaran sedang disiasat.

Sementara itu, pemilik kedai kasut, Lau See Wah, 35, yang baru memulakan perniagaan sebulan lalu, berkata semua barang jualannya yang bernilai lebih RM20,000 musnah.

Katanya, beliau hanya mengetahui kejadian itu apabila dihubungi rakannya dan apabila tiba di tempat kejadian, hanya tinggal bangunan yang rentung.

Pemilik kedai alat tulis, Ho Chee Kin, 36, berkata kejadian disedarinya kira-kira 4.50 pagi apabila dihubungi rakannya melalui telefon bimbit. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan