Tan Tidak Akan Minta Maaf Kepada Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tidak akan memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tindakannya mengecam pentadbiran Lim baru-baru ini.

Tan yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jelutong berkata masalah beliau dengan Lim akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya tidak akan tarik balik kenyataan terhadap Lim. Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran kesnya di Ibu pejabat PKR di Damansara di sini hari ini.

Sebelum ini, Tan mendakwa pentadbiran Lim yang juga Setiausaha Agung DAP meminggirkan wakil rakyat PKR dan menganggapnya sebagai sampah.

Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu ekoran kenyataannya mengkritik Lim termasuk Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali.

Dalam kenyataannya sebelum ini Tan secara terang membidas dan mempertikaikan kedudukan Syed Husin sebagai timbalan presiden dan menggesa lembaga disiplin parti melakukan siasatan bagaimana Syed Husin boleh menyandang jawatan tersebut sedangkan mahkamah memutuskan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dinaunginya masih wujud.

Tan berkata demikian sebagai reaksi selepas Syed Husin menyarankan beliau supaya meninggalkan parti atas keceluparannya mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau sebaliknya menggesa Syed Husin agar keluar parti kerana kedudukannya dalam PKR boleh dipertikaikan.

Tan juga mengulangi pendiriannya bahawa tidak akan menarik balik atau berhenti membuat kenyataan mengenai "keangkuhan" Lim meskipun menerima satu SMS daripada Syed Husin supaya berbuat demikian.

Bagaimanapun selepas dua jam menghadap jawatankuasa disiplin, Tan akhirnya bersetuju memohon maaf kepada timbalan presidennya dan bersedia membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik semula bidasan yang dibuatnya itu.

"Saya sebagai ahli PKR masih bersama PKR dan secara ikhlas saya mohon maaf kepada timbalan presiden Syed Husin Ali berhubung kenyataan media saya terhadapnya. Mungkin saya memberi reaksi yang keterlaluan dan terlalu emosional ketika itu," katanya.

Ditanya mengapa beliau sanggup memohon maaf kepada Syed Husin tetapi enggan berbuat demikian kepada Lim, Tan berkata, masalah dengan Syed Husin umpama masalah dalam keluarga dan lebih mudah diselesaikan berbanding isunya dengan Lim.

"Ia umpama masalah keluarga (Syed Husin)...kami di bawah satu bumbung, rumah yang sama. DAP ialah jiran kami dalam taman yang sama, jadi biarlah mereka yang lebih kanan berbincang dengan pihak satu lagi...biar "bapa" menyelesaikan masalah itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan