PM Umum Peruntukan Khas RM35 Juta Bantu Pendudukan Kawasan Rascom

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek bagi meningkatkan mutu kehidupan penduduk empat skim penempatan semula kawasan Rascom di sini yang pernah diancam komunis.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu termasuk bantuan berjumlah RM18 juta untuk memperbaiki keadaan rumah panjang yang memberi faedah kepada 1,422 pintu rumah di skim-skim penempatan semula Nanga Janggau, Nanga Ngungun, Nanga Skuau dan Nanga Tada yang akan memberi manfaat kepada 12,000 penghuni.

Sejumlah RM8 juta akan diperuntukkan bagi pembinaan jalan antara Nanga Janggau dan Nanga Ngungun dan RM9 juta untuk pembinaan sebuah klinik di Nanga Tada di bawah Rancangan Melaysia Kesepuluh (RMK-10), katanya semasa berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Ugap Seribu di Nanga Tada, Kanowit, 80 km dari sini.

Selain bantuan ini, Najib mengumumkan bantuan kewangan kepada 477 orang pelajar sekolah di kawasan skim penempatan semula itu dalam bentuk simpanan di Bank Simpanan Nasional.

Menerusi program itu, pelajar sekolah rendah akan menerima RM450 setahun setiap orang manakala pelajar sekolah menengah mendapat bantuan RM600 setahun seorang.

Najib turut meminta Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Industri Getah (Risda) mengenal pasti kawasan di skim-skim penempatan semula ini yang berpotensi untuk penanaman getah secara kekal. Ini adalah untuk membantu rakyat di situ menikmati pendapatan tetap melalui penglibatan mereka dalam projek penanaman itu, katanya.

Skim-skim penempatan semula Rascom telah diwujudkan sejak 1972 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan ayahanda Najib, dengan tujuan melindungi rakyat daripada ancaman pengganas komunis ketika itu.

Menurut Najib, usaha baru beliau membantu rakyat di kawasan skim itu diharap akan dapat membuka lembaran baru bagi mereka untuk melakar zaman yang lebih makmur selepas ayah beliau berjaya melindungi mereka melalui penubuhan skim-skim itu.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan pusat sedia membantu membawa kembali jenazah 22 orang askar berasal dari Sarawak yang dikebumikan di Semenanjung untuk disemadikan di negeri ini.

Katanya, askar-askar berkenaan, yang merupakan renjer dan peninjau, telah terkorban semasa mempertahankan negara daripada ancaman komunis dahulu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan