Keluarga Teoh Gembira Anak Beng Hock Bawa Nama Keluarga

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan permohonan berhubung penggunaan nama Teoh bagi anak yang dilahirkan tunang mendiang, Soh Cher Wai.

Kakak mendiang, Teoh Lee Lan berkata mereka sekeluarga gembira apabila di beritahu Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya bahawa Beng Hock akan dinamakan sebagai bapa dalam sijil kelahiran bayi itu.

Katanya keluarganya memutuskan untuk menamakan bayi lelaki itu dengan nama Teoh Er Jia.

Teoh, 30, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, ditemui mati terjatuh di aras lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna dana oleh beberapa wakil rakyat Selangor.

Sebelum ini, keluarga mendiang telah membuat beberapa permohonan supaya nama Teoh dinamakan sebagai bapa kepada anak yang dilahirkan Soh.

Soh, yang kini masih dalam pantang di rumah keluarganya di Batu Pahat, Johor, melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat, Johor pada 22 Feb. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan