Kelantan Tak Iktiraf MPPP

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana menganggap ia boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri, Che Abdullah Mat Nawi, berkata kerajaan negeri melarang kakitangannya menjadi anggota jawatankuasa majlis itu atau berurusan dengannya.

MPPP bertujuan mengukuhkan pelaksanaan pembangunan industri pertanian negara hingga ke akar umbi dan meningkatkan pendapatan petani serta mengurangkan kadar kemiskinan.

Ia akan mendapatkan idea berhubung pelaksanaan projek pertanian di kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia ada, di samping mengenal pasti permasalahan mengenai pertanian yang berlaku di peringkat itu.

Che Abdullah berkata kerajaan negeri tidak tahu matlamat penubuhan MPPP tetapi yang jelas ia boleh menjejas perpaduan masyarakat yang sedia terjalin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan