Pertubuhan Liga Muslim Anjur Perarakan Maulidur Rasul

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Orang ramai daripada pelbagai persatuan, syarikat swasta dan agensi kerajaan hari ini dipelawa mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidur Rasul anjuran Pertubuhan Liga Muslim Pulau Pinang pada Jumaat ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Perarakan Maulidur Rasul, Abdul Kader Haja Mydin berkata, perarakan itu akan bermula pada pukul 5 petang dari Masjid Kapitan Keling melalui Lebuh Chulia, Jalan Penang, Komtar, Lebuh Campbell dan kembali ke Masjid Kapitan Keling.

"Setelah selesai perarakan itu, para peserta dijemput menunaikan solat jemaah maghrib di Masjid Kapitan Keling," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata, setiap kontijen perlu disertai oleh sekurang-kurangnya 30 orang dan mereka dibenarkan membawa pembesar suara untuk berselawat manakala sepanduk pula akan disediakan oleh penganjur.

Abdul Kader berkata, mereka yang berminat mengambil bahagian boleh menghubungi urusetia di alamat nombor 15, Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang sebelum pukul 12 tengah hari esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan