Penjawat Wanita Beri Kesan Positif Pada Ekonomi Dan Kualiti Perkhidmatan - Shahrizat

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelantikan wanita dalam jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam merupakan antara langkah progresif kerajaan untuk mencapai sasaran minimum 30 peratus wanita bagi jawatan pembuat keputusan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata antara mekanisme yang digunapakai ialah mewujudkan jawatan-jawatan baru yang diisi oleh wanita seperti yang dinyatakan Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin semalam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Shahrizat berkata Cuepacs tidak perlu bimbang kerana langkah itu akan membawa kesan positif kepada ekonomi negara dan kualiti perkhidmatan awam.

"Penjawat-penjawat awam ini akan menyumbang dari segi cukai pendapatan dan sumbangan kepada keluarga. Selain itu, mereka ini berkelayakan tinggi dalam bidang masing-masing, dan ini secara langsung akan menaiktaraf perkhidmatan awam," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Shah bahawa trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim pula berkata Cuepacs sepatutnya lebih risau ke mana perginya penjawat lelaki yang tidak mahu bersaing di sektor awam.

"Persoalannya ialah di mana mereka semasa sesi kriteria itu, kenapa mereka (kaum lelaki) tidak memenuhi kriteria yang diperlukan sebagai penjawat awam? Sekarang ni kan zaman persaingan, bersainglah secara sihat," katanya.

Mengenai isu wanita yang banyak mengambil cuti panjang kerana komitmen keluarga atau cuti bersalin, Kamilia berkata situasi itu hanya berlaku kepada golongan muda yang baru bekerja.

"Cuti bersalin ni selalunya pada tempoh lima tahun pertama bekerja sahaja. Tetapi tidak di peringkat pembuat keputusan yang berjawatan tinggi, pada peringkat umur itu wanita sudah stabil dalam menguruskan rumah tangga mereka, anak-anak pun dah besar, tidak ada masalah untuk komited pada kerja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan