Pemilihan Malaysia Ketuai Pasukan Pemantau Disambut Baik

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilihan semula Malaysia untuk mengetuai pasukan pemantau di Mindanao, Filipina di sambut baik oleh kesemua pihak yang terlibat dalam proses perdamaian di wilayah itu, menurut Kementerian Pertahanan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata hasil maklumat tersebut diperolehi oleh pasukan peninjau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang membuat tinjauan mulai Isnin lepas hingga semalam.

"Berdasarkan dari maklum balas yang diterima dari delegasi tinjauan, menunjukkan bahawa kesemua pihak yang terlibat dalam proses perdamaian di Mindanao, Filipina amat mengalu-alukan penglibatan semula Malaysia mengetuai TPA-M V (Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao V)," katanya.

Kementerian Pertahanan berkata selain daripada itu, kontinjen dari Brunei dan Libya serta pertubuhan bukan kerajaan tempatan bersependapat dan mengalu-alukan penghantaran semula kontinjen dari Malaysia bagi mengetuai pasukan pemantau tersebut.

"Kesemua pihak dilihat menaruh pengharapan yang tinggi kepada Malaysia berada di Mindanao, Filipina dengan secepat mungkin," katanya.

Semalam Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Malaysia sekali lagi diberi mandat untuk mengetuai pasukan pemantau di Mindanao yang turut dianggotai oleh Brunei, Indonesia, Jepun, Qatar dan negara-negara Kesatuan Eropah.

Antara tujuan utama TPA-M V adalah untuk menjalankan tugas-tugas pemantauan dan juga mengawasi proses gencatan senjata dalam mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk proses perdamaian antara Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao.

Pasukan Malaysia yang akan berlepas Ahad ini bagi menjalankan tugasan selama setahun telahpun menjalani pemeriksaan kesihatan dan menjalani latihan penyesuaian sejak 8 Feb lepas selama lima hari di Pusat Latihan Pengaman Malaysia, Port Dickson, menurut kementerian itu.

Pasukan yang akan di ketuai oleh pegawai kanan ATM yang berpangkat Mejar Jeneral itu terdiri daripada 12 pegawai dan seorang anggota lain-lain pangkat dari ATM, tiga pegawai Polis Diraja Malaysia dan empat pegawai perkhidmatan awam.

Anggota ATM telah terlibat dalam memantau gencatan senjata serta perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan MILF sejak 9 Sept 2004.

Bagaimanapun tugas TPA-M IV yang bermula pada 4 Sept 2007 dan sepatutnya berakhir pada 30 Nov 2008, terpaksa dipendekkan kepada 10 Mei 2008 kerana keadaan yang dikatakan tidak selamat di kawasan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan