Dua Beradik Rentung, Datuk Cedera Dalam Kebakaran Di Jitra

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Dua beradik, masing-masing berusia 10 dan tujuh tahun rentung manakala datuk mereka cedera dalam kebakaran yang memusnahkan dua pintu rumah kedai dua tingkat di sini, tengah malam tadi.

Mayat kanak-kanak perempuan Teng Wen Yen, 10, dan adik lelakinya Teng Dee Shen, 7, ditemui dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah kedai terbabit.

Kedua kanak-kanak itu adalah murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Jitra.

Pegawai Penjaga Balai Bomba Jitra, Ahmad Zamri Chik berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 12.34 malam dan 17 anggota dengan dua jentera dari Jitra dan Bukit Kayu Hitam serta Bomba Sukarela Tunjang mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.

"Tingkat atas bangunan berusia 74 tahun itu yang diperbuat dari kayu mungkin menyebabkan api marak dan cepat merebak. Kami hanya sempat menyelamatkan datuk kanak-kanak itu Teng Yong Chong, 72," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

"Selepas api dapat dipadamkan sepenuhnya menjelang pukul 3.38 pagi barulah kami dapat mengeluarkan mangsa yang terkorban," katanya.

Ahmad Zamri berkata, kebakaran yang dipercayai bermula dari kedai menjual barangan kemas itu memusnahkan kedai berkenaan dan kedai runcit di sebelahnya serta empat lagi premis di tingkat atas bangunan terbabit.

Bahagian Forensik Bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian, katanya.

Sementara bapa dua kanak-kanak itu, Teng Soon Seng, 41, berkata, ketika kejadian yang memusnahkan kedai yang disewa hampir 15 tahun itu, beliau dan isterinya Low Siew Hua, 34, tiada di premis berkenaan.

"Kedua-dua anak saya tidur dalam sebuah bilik manakala bapa saya dalam bilik lain. Bapa saya mungkin tidak dapat menyelamatkan cucu-cucunya kerana asap," kata peniaga emas itu ketika ditemui di Hospital Jitra.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom yang melawat keluarga itu, berkata Umno dan MCA Kubang Pasu akan membuat kutipan bagi membantu mangsa.

Beliau turut menyumbangkan RM2,500 kepada Teng dan RM500 kepada setiap keluarga mangsa manakala Pegawai Daerah Kubang Pasu Datuk Che Barni Mohd Noor menyampaikan cek benilai RM2,000 kepada Teng dari Tabung Bencana Daerah bagi menguruskan jenazah anak-anaknya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan