Cuaca Panas Dijangka Berterusan Hingga April - Berita Semasa | mStar

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Hingga April

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kering yang melanda Semenanjung Malaysia dan bahagian Miri serta Limbang di Sarawak dijangka berterusan sehingga awal April ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ini berikutan fenomena El-Nino yang terjadi di tengah Lautan Pasifik sejak Jun tahun lepas yang dijangka berterusan sehingga April ini dan diramalkan beransur-ansur beralih kepada keadaan normal mulai Mei.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi juga meramalkan dalam musim peralihan monsun pada April, taburan hujan kembali hampir normal di semua negeri pantai barat semenanjung dan bahagian-bahagian utara Sarawak.

Bagi negeri Sabah, keadaan cuaca dijangka pulih pada keadaan hampir normal dalam bulan Mei, menurut kenyataan itu lagi.

Menurut Jabatan Meteorologi, Malaysia kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut dimana cuaca lebih panas dan kering berbanding bulan Disember dan Januari.

Bacaan maksimum suhu yang direkodkan dari 1 hingga 23 Feb tahun ini adalah di antara 34 hingga 36 darjah selsius, yang mana masih dalam julat purata suhu maksimum bulan Februari.

Menurutnya, kedudukan matahari yang secara relatif hampir tegak di kawasan khatulistiwa dalam pertengahan Feb hingga pertengahan April adalah antara punca kejadian cuaca panas.

Ia bertambah buruk dengan berlakunya fenomena El Nino sederhana yang menyebabkan hujan turun di Lautan Pasifik tengah dan seterusnya kekurangan hujan di Malaysia.

Antara kawasan-kawasan yang mengalami kekurangan hujan adalah Perlis, Kedah, Pulau Langkawi, Kelantan, Terengganu, Pahang, pedalaman Negeri Sembilan, Johor dan semua bahagian di Sabah dan Bintulu.

Berikutan cuaca panas dan kering, orang awam dinasihatkan menggunakan air dengan berhemah dan menghindari aktiviti pembakaran terbuka. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan