Anifah Lega Selepas Nelayan Malaysia Dibebaskan Oleh Filipina

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam berasa lega dengan pembebasan pemilik kapal pukat tunda berserta lebih 50 nelayan dari Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana menceroboh perairan negara itu minggu lepas.

"Saya gembira rundingan dengan pihak berkuasa yang relevan di sana telah berjalan lancar sehingga membolehkan pembebasan semua warga Malaysia. Nelayan berkenaan kini dalam perjalanan pulang dan dijangka tiba di Sabah esok atau lusa," katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya sempena dengan pembebasan mereka, satu sambutan khas akan diadakan untuk menyambut kepulangan mereka.

Seramai 14 pemilik kapal pukat tunda beserta 50 krew mereka ditahan di kepulauan selatan Taganak selepas didakwa menceroboh perairan Filipina pada 14 dan 15 Februari lalu.

Bagaimanapun, atas masalah teknikal, hanya 12 kapal pukat tunda dilepaskan manakala dua lagi kapal dan krew masing-masing masih ditahan.

Sementara itu, seorang jurucakap kumpulan itu, yang hanya dikenali Chai, seperti dipetik dalam laman web 'Sabahkini.net' melahirkan rasa terhutang budinya dengan Anifah kerana menyelaras rundingan sehingga membantu membolehkan mereka dibebaskan.

"Nasib kita tidak menentu jika bukan kerana bantuan Datuk Anifah. Kami bangga sebagai rakyat Malaysia kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib rakyatnya," katanya seperti dipetik oleh laman web berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan