Abdul Hadi Dakwa Kehakiman Lemah Punca Campur Tangan Asing

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat berhubung tindakan 50 ahli Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mempersoalkan integriti badan kehakiman negara.

Beliau menyalahkan kelemahan badan kehakiman negara ini yang menjadi punca kepada cubaan campur tangan pihak luar.

"Saya berasa malu sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya kita kena tanya kenapa adanya campur tangan.

"Kita patut persoalkan sama ada sistem kehakiman kita sudah bermaruah ataupun tidak," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini semalam.

Jumaat lalu, Abdul Hadi menyelar serta menentang campur tangan asing termasuk dalam perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Abdul Hadi menegaskan, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu Pas akan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu.

Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Selain itu, pada sidang media yang turut dihadiri Anwar dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Abdul Hadi menggesa supaya institusi kehakiman negara dipulihkan segera bagi terus mengelakkan pihak asing mengganngu.

"Kita kena baiki diri kita sendiri kalau tak nak orang luar campur tangan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan