Stesen Radio Wajib Siar Lagu Baru Penyanyi Tempatan

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mewajibkan semua stesen radio menyiarkan lagu baru daripada album penyanyi tempatan bermula 1 Mac ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Tegasnya, arahan itu berikutan penurunan nilai industri muzik tempatan yang tidak mencapai RM70 juta ketika ini berbanding pada tahun 2001 sebanyak RM200 juta.

Rais berkata, peraturan tersebut akan dikuatkuasakan di bawah Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM).

Tegasnya lagi, sekiranya pihak stesen tidak mematuhi peraturan tersebut, lesen stesen radio terbabit akan dibatalkan.

"Mereka wajib membuat promosi single album dan lagu yang terkandung dalam album dan kita akan jadikannya sebagai syarat yang akan terkandung dalam lesen radio supaya lagu-lagu popular tempatan dapat diputarkan di radio-radio.

"Lagu-lagu tempatan yang akan diputarkan pada masa tertentu di radio yang belum kita putuskan lagi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi, Program Akreditasi Artis Tempatan Dalam Bidang Seni Persembahan (PAAT) di sini hari ini.

Selain itu, Rais turut berkata, pihak kementerian juga akan menubuhkan beberapa jawatankuasa sebagai pemantau yang terdiri daripada Persatuan Muzik Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan wakil dari Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

"Kita tidak menubuhkan birokrasi, tapi akan wujudkan beberapa jawatankuasa untuk memantau peraturan tersebut di semua stesen radio seluruh negara yang akan diketuai oleh pihak kementerian," kata Rais.

Ketika ditanya mengenai tindakan drastik kerajaan mewajibkan stesen radio supaya memberi ruang kepada lagu baru tempatan, Rais berkata tindakan itu diambil selepas beliau "terkejut" dengan perkembangan semasa yang disifatkannya sebagai "serong" dan tidak menyebelahi industri muzik tanah air.

"Banyak stesen radio... mereka tak kisah tentang muzik tempatan. Mereka lebih menggiurkan hati masing-masing dengan lagu-lagu luar dan tidak memberikan penekanan langsung kepada program cintakan muzik Malaysia sendiri.

"Bagi kementerian ini satu langkah untuk membina negara kita melalui seni muzik kita sendiri," tegas beliau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan