Pemuda Pakatan Pembangkang Pelawa Pemuda Umno, NGO Melayu Sertai Debat

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pergerakan Pemuda dari parti-parti pakatan pembangkang di negeri ini mempelawa Pergerakan Pemuda Umno dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri, Yeoh Soon Hin berkata, debat yang bertemakan 'Isu Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam di negeri tersebut.

"Kita mahu berdebat secara terbuka dengan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan kita menghantar surat jemputan kepada mereka mulai hari ini,"katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, pakatan pembangkang akan disertai wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), DAP dan wakil Pemuda PAS, manakala moderatornya adalah individu yang berkecuali.

Yeoh berkata, Pemuda Umno dan NGO-NGO Melayu itu diberi masa sehingga 3 Mac ini untuk memberi jawapan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan