Malaysia Dilantik Semula Ketuai Tim Pemantau Antarabangsa

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dilantik semula untuk mengetuai Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao V(TPA-MV) sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan Filipina sebelum ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan di sini hari ini menyebut persetujuan itu dicapai dari mesyuarat pasca Kabinet kementerian pada 11 Disember tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, ATM terlibat dalam operasi itu sejak 9 September 2004 memantau gencatan senjata bagi mewujudkan suasana kondusif dalam perjanjian-perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF) di Mindanao, Filipina yang telah dimeterai pada 2001.

“Misi pemantaun itu dilaksanakan oleh TPA-M I hingga TPA–M III telah berjaya mengekang pelanggaran gencatan senjata yang digariskan oleh perjanjian damai serta mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan IMT.

“Namun semasa penugasan TPA-M IV pada 4 September 2007, pasukan terpaksa dikeluarkan dari kawasan operasi lebih awal iaitu pada 10 Mei 2008 kerana keadaan tidak selamat walaupun secara dasarnya tugasan di situ seharusnya berakhir pada 30 November tahun yang sama,” kata kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan hari ini.

Sehingga 30 November 2008, sebanyak empat tim telah digerakkan secara bergilir-gilir bagi memenuhi keperluan operasi tersebut.

Tim Pemantau itu terdiri daripada anggota ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga pegawai perkhidmatan awam.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan berkenaan akan diketuai oleh Pegawai Kanan berpangkat Mejar Jeneral termasuk 12 pegawai, 1 anggota lain-lain pangkat dalam ATM, 3 pegawai PDRM dan pegawai perkhidmatan awam.

Tambahnya, bagaimanapun sebelum pasukan pemantau ini digerakkan, Tim Peninjau telah dihantar ke Filipina bagi memastikan persiapan yang dilakukan menepati keperluan sebenar operasi yang akan dilaksanakan kelak.

“Berdasarkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan, Tim Peninjau yang diketuai oleh Ketua Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamad Affandi Raja Mohamed Noor sedang melaksanakan tinjaun bermula dari 15 hingga 22 Februari ini.

“Tinjauan menunjukkan semua pihak yang terlibat dalam proses perdamaian di Mindanao amat mengalu-alukan penglibatan semula Malaysia mengetuai TPA-M V ini,” katanya.

Selain itu, kontinjen-kontinjen dari Brunei, Libya dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut mengalu-alukan penghantaran semula kontinjen Malaysia bagi mengetuai operasi tersebut.

“TPA-M V akan berlepas pada 28 Februari ini untuk bertugas selama setahun di sana,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan