Kerajaan Johor Bangun Sistem Aduan Awam Dalam Talian

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor melalui Unit Sains Teknologi dan ICTnya sedang membangunkan sistem aduan awam secara dalam talian yang dikenali sebagai "e-Jawab", kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata, sistem yang masih pada peringkat Beta atau percubaan itu akan membolehkan rakyat di negeri ini mengemukakan aduan, pertanyaan, cadangan dan penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri.

"Dengan adanya sistem ini serta dengan kerjasama semua agensi yang terlibat, saya percaya kebanyakan masalah rakyat akan dapat kita selesaikan dengan cepat," katanya semasa Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Laman Web Terbaik Peringkat Negeri Johor 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan pelaksanaan pengurusan aduan itu akan dilihat oleh Setiausaha Kerajaan negeri dan dipantau Unit Audit Dalam bagi memastikan pelaksanaan pengurusan aduan yang baik dan teratur.

Abdul Ghani berkata, sistem e-Jawab itu akan diintegrasikan dengan Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan Malaysia atau My SMS 15888 dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu).

Beliau berkata, banyak perkhidmatan yang boleh ditawar melalui perkhidmatan SMS itu seperti semakan cukai tanah, semakan sesuatu permohonan dan hebahan aktiviti kerajaan.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, laman web jabatan dan agensi kerajaan negeri harus berkualiti bagi menyediakan maklumat yang betul, tepat dan terkini kepada rakyat.

Beliau berkata, maklumat dan kandungan yang lapuk dalam laman web itu boleh menggambarkan ketidakcekapan kerajaan.

Mengenai pertandingan laman web terbaik yang terbahagi kepada empat kategori itu, Abdul Ghani berkata, ia bertujuan menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat melalui online.

Pejabat Tanah dan Galian memenangi kategori Pejabat Setiausaha dan Kerajaan Negeri; Pejabat Tanah Johor Baru (kategori Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah); Majlis Bandaraya Johor Baru (kategori Pihak Berkuasa Tempatan); Majlis Agama Johor (kategori Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan